Sejarah IXA Kamen Rider IXA (watak)

Pada tahun 1986, sistem IXA telah dihasilkan oleh kumpulan saintis yang menyokong Organisasi Langit Biru Hebat - organisasi persendirian yang menyiasat aktiviti puak Fangire dan melindungi manusia dari ancaman mereka. Namun, sistem ini masih tidak selamat untuk penggunanya kerana sistem ini menyebabkan ketidakstabilan di dalam sistem saraf manusia. Akibatnya, pengguna IXA akan mengalami sakit jantung, suhu badan menigkat, demam atau pengsan, sehingga berbahaya kepada kesihatan mereka.

Sistem ini juga boleh megakibatkan kehilangan memori penggunanya. Selain itu, sistem ini sering mengalami masalah teknikal pada awalnya seperti baju besi mengeluarkan asap, bunyi bip berpanjangan, dan lain-lain. Kajian dan penambahbaikkan dijalankan terhadap sistem IXA dan penggunanya untuk mengatasi masalah berkenaan. Sehingga kini, sistem IXA telah dinaik taraf beberapa kali. Versi terkini sistem ini adalah yang kesebelas dan dipanggil "Version XI".